Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Guru besar kagum dengan pencapaian anak murid

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Seramai 14 orang murid prasekolah dan 35 orang murid Tahun 6 Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah (SR RIF) telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen dan Murid Cemerlang dalam Akademik, baru-baru ini.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Puteri, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri itu juga diteruskan dengan majlis penghargaan bagi murid-murid cemerlang Tahun 1 hingga 5 dalam bidang akademik dan penyampaian anugerah kepada murid berkeperluan khas sebagai pengiktirafan kerana menunjukkan kemajuan dalam akademik mereka.

    Guru Besar, Josephine Tan Yen Nee dalam ucapannya mengongsikan, keputusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) SR RIF tahun ini adalah 77.14 peratus di mana 27 dari 35 orang murid telah mendapat gred A hingga C, dan 91.43 peratus iaitu 32 dari 35 orang murid telah lulus (gred A hingga D).

    “Manakala daripada keputusan ini juga, tiga orang murid telah berjaya mendapat 5A dan tujuh orang murid lagi mendapat 4A, 1B dan jika dibandingkan dengan keputusan PSR 2022, pada tahun ini ada peningkatan sebanyak 6.17 peratus,” tambah beliau.

    Beliau berkata, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan perlulah ada kesepakatan dan kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu guru-guru, ibu bapa dan murid-murid itu sendiri.

    Tambahnya, gandingan mantap daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling amat diperlukan supaya matlamat Kementerian Pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan negara 2035 akan tercapai.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada prefek-prefek yang telah berganding bahu membantu sekolah dalam memastikan perjalanan sekolah berjalan dengan lancar.

    Antara murid yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen dan Murid Cemerlang dalam Akademik, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...