Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru lebam di pipi ditampar suami

    SIBU, 30 Julai – Seorang guru wanita berusia 35 tahun lebam di pipi kiri selepas ditampar suaminya di kediaman mereka di Jalan Bruang di sini, malam tadi.

    Kejadian dilaporkan berlaku jam 11:30 malam selepas pasangan itu bertengkar berkaitan cara mangsa menghidangkan makanan kepada anak-anak mereka.

    Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah, suspek telah mencekik mangsa dan menamparnya tiga kali di pipi kiri sehingga menyebabkan lebam sebelum melarikan diri.

    “Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit yang tidak bekerja dan dipercayai seorang penagih dadah,” katanya.

    Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pengusaha gerai makanan di Sibu Jaya menjadi mangsa rompakan berkumpulan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali kira-kira pukul 1:40 pagi hari ini.

    Saiful Bahari berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa berusia 25 tahun itu menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

    Mangsa sedang melalui sebuah bank apabila ditahan tiga lelaki itu yang menaiki dua motosikal.

    Seorang daripada suspek telah menumbuk mangsa di bahagian muka sehingga pipi kanannya tercalar lalu merampas wang tunai RM2,000 serta telefon bimbitnya, katanya. Kerugian dianggarkan RM3,000. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda