Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Guru mainkan peranan penting

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Tidak dinafikan peranan guru penting dalam mendidik murid-murid untuk menjadi pemimpin generasi masa hadapan dan sebagai tanda penghargaan kepada jasa guru yang mendidik mereka, murid-murid Sekolah Rendah Kapok telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru di Dewan Serba guna Sekolah Rendah Kapok, baru-baru ini.

    Majlis yang dianjurkan oleh murid-murid Tahun 6 sekolah berkenaan merupakan acara yang diadakan bagi meraikan serta memeriahkan lagi Hari Guru dan untuk memberikan penghargaan kepada jasa serta khidmat bakti yang ditaburkan oleh guru-guru dalam mendidik murid sekolah.

    Majlis dimulakan dengan guru-guru memasuki dewan di mana murid-murid sekolah berkenaan menyanyikan lagu bertajuk, ‘Terima Kasih Guru’, beramai-ramai dan diikuti bacaan Surah Al-Fatihah yang oleh murid sekolah berkenaan, Awang Mohd Ali Fahmi bin Nordin.

    Majlis diteruskan dengan kata alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Kapok, Muara, Kluster 4, Dayang Noor Faridah binti Haji Kasim serta ucapan khas Hari Guru oleh Awang Mohd Iqbal bin Ismail bagi pihak murid-murid sekolah berkenaan.

    Guru-guru mengambil gambar kenang-kenangan sempena sambutan berkenaan.

    Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian yang dipersembahkan oleh murid-murid sekolah berkenaan termasuk lagu bertajuk, ‘Guru Ku Tersayang’ oleh murid-murid pra dan lagu duet bertajuk, ‘You Make a Difference’ oleh Dayang Nurul Najelah Shaheqah binti Sulaiman dan Dayang Fatin Farhana binti Juraimi serta acara permainan khas untuk guru-guru iaitu Kerusi Muzikal, Walk of Fame dan Guru Mumia.

    Hadiah-hadiah bagi pemenang permainan khas guru-guru berkenaan disampaikan oleh Dayang Noor Faridah.

    Salah satu acara utama sambutan itu merupakan acara cabutan bertuah bagi murid-murid dan guru-guru yang ditaja oleh PIBG sekolah berkenaan. Acara sambutan turut menyaksikan murid-murid menyampaikan kad-kad Hari Guru khas kepada guru-guru mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda