Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Guterres sambut baik perjanjian laut PBB

    NEW YORK, 5 MAC – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengalu-alukan pemuktamadan teks Perjanjian Laut PBB untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi marin kawasan di luar bidang kuasa negara.

    “Setiausaha agung memuji perwakilan kerana memuktamadkan teks untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi marin kawasan di luar bidang kuasa negara,” kata jurucakap Guterres dalam satu kenyataan.

    Ia satu kemenangan untuk multilateralisme dan usaha global menentang trend kemusnahan yang dihadapi lautan kepada generasi sekarang dan akan datang.

    Usaha ini penting untuk menangani tiga krisis planet iaitu perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan pencemaran.

    Ia juga penting untuk mencapai matlamat dan sasaran berkaitan lautan bagi Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal, menurut kenyataan itu, lapor Xinhua. – Bernama

    Ikan berenang dekat terumbu karang di Kisite Mpunguti, Kenya pada 11 Jun 2022. Buat pertama kalinya anggota PBB mengalu-alukan pemuktamadan teks Perjanjian Laut PBB. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...