Tuesday, May 21, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Sabah pengeluar utama koko di Malaysia

    KOTA KINABALU, 5 MAC – Sabah merupakan pengeluar utama biji koko negara dengan menyumbang sebanyak 57 peratus daripada 3,444 hektar tanaman koko di Malaysia, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

    Beliau berkata petani koko di negeri itu, turut menyumbang kepada pengeluaran biji koko dan coklat premium termasuk coklat Bean-To-Bar, coklat Single Origin dan Artisanal Chocholate yang dihasilkan petani koko di Kota Marudu dan Keningau.

    “Potensi tanaman koko di negeri ini boleh lagi dimajukan dan dikembangkan.

    “Oleh itu galakan perlu diberikan kepada pekebun melalui penyelidikan bantuan serta khidmat nasihat, untuk terus meningkatkan kualiti tanaman koko mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Sehubungan itu, Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap industri berkenaan dimajukan sebagai satu industri pertanian, yang mampu meningkatkan taraf pendapatan seharian khususnya kepada petani koko di negeri ini.

    Beliau berkata dalam tahun 2023 Lembaga Koko Malaysia (LKM), akan melaksanakan projek Tanaman Baharu (TB23) dengan sasaran keluasan 200 hektar di seluruh negara, dan dari jumlah tersebut 100 hektar adalah di Sabah, 80 hektar di Sarawak serta selebihnya 20 hektar di Semanajung.

    “Selaras dengan Pelan Strategi Lembaga Koko Malaysia (PSLKM), saya berharap program pembangunan untuk meningkatkan pengeluaran koko dan kemampanan koko, akan terus digerakkan bagi meningkatkan  pendapatan petani dan usahawan,” katanya.

    Siti Aminah berkata berkata industry hiliran di Sabah kini terdiri daripada empat syarikat pengilang coklat dan konfekasi koko, serta 34 usahawan coklat tempatan, dengan nilai jualan usahawan coklat di Sabah pada tahun 2022 berjumlah lebih RM792,000. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...