Thursday, July 4, 2024
22.7 C
Brunei

    -

    GWM Tank 300 dilancar semula sempena CF29

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Berjaya Sdn Bhd selaku pengedar sah Great Wall Motor (GWM) pagi tadi melancarkan semula GWM Tank 300 Spartan versi bodykit di Pesta Pengguna ke-29 (CF29) di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    GWM Tank 300 Spartan merupakan sebuah kereta tahan lasak yang mampu menakluki jalan off-road ekstrem yang sesuai untuk para peminat kereta tahan lasak atau 4×4. GWM Tank 300 telah muncul dengan menggabungkan dua penampilan iaitu tahan lasak dan bergaya, dan tidak ketinggalan juga memiliki ciri-ciri teknologi digital terkini.

    Menurut wakil dari Berjaya Sdn Bhd, bampar depan dan belakang eksklusif Edisi Spartan menampilkan reka bentuk bampar yang bukan sahaja meningkatkan estetika lasak kenderaan.

    Dengan dilengkapi oleh sistem lampu tarian halo yang memukau dan pancaran pencahayaan LED yang berkuasa digabungkan untuk memberikan penampilan yang luar biasa dan ciri reka bentuknya yang tersendiri. Ia juga dilengkapi dengan flare fender dan skirt sisi, spoiler aliran tinggi, lampu bumbung dan penutup tayar eksklusif dan banyak lagi.

    Kakitangan jualan bersama GWM Tank 300 yang dipamerkan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir landa China, ribuan dipindah

    BEIJING, 3 JULAI – Hampir suku juta penduduk terpaksa dipindahkan di timur China ketika hujan lebat melanda sebahagian besar wilayah negara, menyebabkan Sungai Yangtze...