Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hafizh Syahrin belum puas hati dengan jentera

    KUALA LUMPUR, 5 MAC – Pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah masih belum berpuas hati dengan jenteranya ketika beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2023 di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia.

    Mengakui masih banyak kekurangan pada motosikalnya, pelumba Honda Petronas MIE Racing itu berkata pasukan tersebut perlu bekerja keras dalam kerja-kerja penambahbaikan untuk mendapatkan impak yang baik.

    Beliau berkata meskipun berhasil memperoleh satu mata pada perlumbaan yang berlangsung bermula Jumaat lepas hingga hari ini, masih terdapat banyak
    kekurangan pada jenteranya berbanding jentera pelumba lain.

    “Kita sangat perlahan di selekoh, saya cuba tingkatkan kuasa enjin sepenuhnya, tetapi motosikal tidak pergi (laju), saya harap perlumbaan selepas ini atau ujian akan datang dapat memberi satu impak yang lebih baik dari segi kelemahan jentera saya,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media hari ini.

    Terdahulu, bekas pelumba Moto2 berusia 27 tahun itu melengkapkan Perlumbaan Dua Pusingan Dua WSBK di tempat ke-15 hari ini, naik satu anak tangga berbanding
    Perlumbaan Satu Pusingan Dua, semalam.

    Hafizh Syahrin mencatatkan masa 1 minit 34.545 saat (s) manakala pelumba Alvaro Bautista dari pasukan Ducati, menguasai sesi dengan 1’32.247. – Bernama

    Hafizh Syahrin Abdullah Mengakui masih banyak kekurangan pada motosikalnya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda