BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Hajah Masliana Yuliah binti Abdullah @ Liew Nyok Len dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pertanian dan Agrimakanan di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan mulai 12 September 2022.