Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Haji Hazwan, Najla’ juara qari dan qariah belia

Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar serahan KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Haji Hazwan bin Haji Salim dan Dayang Najla’ Sabreena binti Haji Abdul Rajid masing-masing diumumkan sebagai johan qari dan qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1443H/2022M Peringkat Akhir yang berlangsung di Dewan PM Dato Shariffuddin, Ba-ngunan Arkib Negara Brunei Darussalam, malam tadi.

Bagi kategori qari, naib johan disandang oleh Awang Abdul Haziq Syarafuddin bin Abdul Habib dan Awang Ahmad Termizie bin Ahmad Baihakie di tempat ketiga.

Manakala itu, Dayang Nur Amal Atiqah @ Aida binti Haji Sudirman menyandang gelaran naib johan kategori qariah dan Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri di tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Empat qari dan lima qariah termasuk johan menunggu 2021 telah memperdengarkan bacaan masing-masing pada peringkat akhir musabaqah berkenaan.

Johan qari dan qariah menerima piala pusingan, piala iringan, wang tunai $2,000 dan sijil penyertaan, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai sejumlah $1,500 dan $1,000 berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Sementara peserta qari dan qariah yang menerima hadiah sagu hati membawa pulang piala iringan, wang tunai $500 dan sijil penyertaan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan piala kepada Haji Hazwan.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan piala kepada Dayang Najla’ Sabreena.

Artikel sebelum iniAsah kemahiran mengajar di NIE NTU
Artikel seterusnyaMari menderma darah
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -