Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Haji Mohd Zain menang rumah baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Haji Mohd Zain bin Haji Abdul Ghafar mendapat ‘durian runtuh’ apabila memenangi sebuah rumah bernilai $300,000 sebagai hadiah utama kempen anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Tingkat 16, Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), di sini, turut menyaksikan lima orang pemenang suku tahunan Kempen BIBD Impian membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak $4,000 setiap seorang.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Kewangan dan
    Ekonomi kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Semasa ditemui, Haji Mohd Zain, 72, menyatakan perasaan tidak menyangka akan memenangi hadiah sebuah rumah di tanah seluas 0.1 ekar di Kampung Kilanas.

    Menurutnya, beliau akan mengongsikan hadiah berkenaan bersama anak-anaknya, dan mungkin akan diberikan kepada salah seorang daripada tujuh orang anaknya.

    Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BIBD kerana menganjurkan kempen berkenaan dan berharap kempen serupa akan diadakan di kemudian hari.

    Kempen yang telah dilancarkan pada Januari 2021 itu menawarkan pelbagai ganjaran untuk pelanggan yang berurusan dengan BIBD seperti membuka akaun baharu, transaksi kad kredit dan permohonan pembiayaan peribadi atau pembiayaan rumah yang diluluskan.

    Ia adalah sebahagian daripada usaha BIBD untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya yang telah memberi sokongan selama ini.

    Pada masa yang sama, BIBD berharap dapat menyokong aspirasi negara sebagai rakan kongsi kepada kemajuan dan menyediakan cara untuk rakyat Brunei Darussalam untuk memiliki rumah sendiri.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai bersama para pemenang Kempen BIBD Impian.
    Haji Mohd Zain bin Haji Abdul Ghafar (tengah) meraikan kejayaannya setelah memenangi sebuah rumah di tanah seluas 0.1 ekar di Kampung Kilanas yang bernilai $300,000 sebagai hadiah utama kempen anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) pada majlis yang berlangsung di Tingkat 16, Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Antara yang hadir pada majlis Kempen BIBD Impian yang berlangsung di Bangunan PGGMB, di ibu negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...