Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hakim UK tolak saman Trump

    LONDON, 1 FEB – Seorang hakim di London hari ini menolak tuntutan daripada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menuduh seorang bekas perisik Britain membuat ‘dakwaan skandal mengejutkan’ yang palsu dan menjejaskan reputasinya.

    Hakim Karen Steyn berkata bahawa kes yang difailkan Trump terhadap Orbis Business Intelligence harus ditolak. “Tiada alasan kukuh untuk membenarkan tuntutan itu diteruskan ke perbicaraan,” katanya.

    Keputusan itu muncul pada masa Trump menjadi calon utama untuk pencalonan presiden Republikan 2024 sambil menghadapi masalah undang-undang di kedua-dua belah Atlantik.

    Trump menyaman syarikat yang diasaskan oleh Christopher Steele, yang menghasilkan dokumen pada 2016 mengandungi khabar angin dan dakwaan yang tidak disokong yang menyebabkan ribut politik sejurus sebelum pelantikan Trump. Trump berkata dokumen itu adalah berita palsu dan perburuan politik.

    Trump meminta ganti rugi daripada Orbis kerana didakwa melanggar undang-undang perlindungan data Britain. – AP

    Calon presiden Republikan, bekas Presiden Donald Trump bercakap selepas bertemu dengan ahli International Brotherhood of Teamsters di ibu pejabat mereka di Washington pada 31 Januari . – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...