Oleh salawati Haji Yahya
Gambar Serahan UNISSA
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Bersempena dengan Ekspo Produk Tempatan 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) telah mengadakan aktiviti Halal Awareness Games baru-baru ini di Dewan 2 BRIDEX, Jerudong.
Aktiviti berkenaan dikendalikan oleh penolong pensyarah sambilan, Dayang Nor Surilawana binti Haji Sulaiman, dan dua orang mahasiswi Tahun 1 PPHT UNISSA. Dengan adanya peluang berkenaan, PPHT berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya pengunjung-pengunjung ekspo berkenaan mengenai halal, syubhah dan haram serta halalan thayyiban dan halal non-thayyibat.
Di samping itu, peserta permainan juga dapat mengenali logo-logo halal yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Brunei dan sebaliknya.
Selain itu, Timbalan Pengarah PPHT Dr Zeiad Amjad Abdulrazzak Aghwan turut menyampaikan taklimat mengenai Significance of Thayyiban Concept throughout The Halal Meat Supply Chain bersempena ekspo berkenaan pada 4 Disember lalu. Oleh itu, program-program seperti ini diharap dapat dilaksanakan lagi bagi membudayakan masyarakat bermaklumat dan sedar akan apa itu halal.




