Penyanyi Halsey akhirnya membuka mulut berhubung konflik Palestin dan Israel.
Halsey yang pernah bekerjasama dengan kumpulan BTS itu menyatakan sokongannya kepada Palestin agar bebas daripada penindasan dan keganasan.
Selepas mendiamkan diri selama berminggu-minggu, Halsey mengakui merasakan dirinya seperti pengecut kerana tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Malah, dia dikenali dengan sangat lantang menyokong Palestin sejak beberapa tahun lalu.
Sebagai seorang aktivis, Halsey memahami betapa berpengaruhnya suaranya untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.
Sebelum ini, Halsey mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana mahu melindungi keluarganya selepas menerima ancaman kerana menyokong Palestin. – Agensi