Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hamas berusaha lanjut jeda kemanusiaan di Gaza

    BANDARAYA GAZA, 27 NOV – Hamas pada kelmarin mengumumkan bahawa pihaknya berusaha melanjutkan jeda kemanusiaan dengan Israel di Semenanjung Gaza.

    Sementara itu, menurut sumber Palestin, Hamas sudah pun memaklumkan kepada Qatar dan Mesir mengenai kesediaannya untuk melanjutkannya selama dua hingga empat hari lagi, lapor Agensi Anadolu.

    Jeda kemanusiaan di bawah pengantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat telah menghentikan sementara serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

    Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 14,854 rakyat Palestin termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita maut sejak serangan bermula pada 7 Okt, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. – Bernama

    Omar Atshan, 17, dipeluk ibunya selepas dibebaskan dari penjara Israel di bandar Ramallah, Tebing Barat, kelmarin. – AP.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...