Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hamidin yakin kemampuan skuad badminton

    PETALING JAYA, 27 MEI – Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin yakin dengan kemampuan skuad badminton untuk membawa pulang pingat daripada temasya terbesar dunia itu yang berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

    Mengulas mengenai prestasi pemain Malaysia di kejohanan Masters Malaysia yang berakhir semalam di Axiata Arena, beliau berkata wakil Malaysia masih berada dalam posisi untuk pergi jauh di Paris 2024.

    Namun, beliau menegaskan bahawa undian untuk Olimpik yang bakal diadakan pada 12 Julai ini, akan memainkan peranan yang penting dalam menentukan nasib pemain negara sama ada mendapat laluan mudah atau sukar bagi mencabar pingat.

    “Undian nanti mustahak, tidak kira bagi acara perseorangan atau beregu. Pemain kita seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) pernah mengejutkan pemain di ranking utama dunia untuk meletakkan harapan.

    “Pemain yang muncul juara sekarang tak semestinya pergi jauh, jadi pemain kita kena terus berlatih sehingga Olimpik nanti. Bagi Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), yang bagusnya beliau sedang bangkit dengan baik sekarang, cuma mengalami kecederaan ringan (kejang) ketika Masters Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama atlet di sini, hari ini.

    Pada saingan Masters Malaysia bertaraf Super 500 yang berlangsung dari 21 hingga 26 Mei, pemain profesional, Lee Zii Jia merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang telah layak ke Olimpik mampu mara sehingga perlawanan akhir, sebelum tewas kepada Viktor Axelsen. – Bernama

    Datuk Hamidin berucap pada sidang akhbar di Restoran Paya Serai, Hilton Petaling Jaya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...