LONDON, 23 Feb – Lewis Hamilton semalam berkata bahawa Formula Satu (F1) sudah ‘lapuk’ ketika dia menggesa pemilik baru perlumbaan grand prix itu untuk menerajui kebangkitan semula nasib sukan tersebut.
Ulasan juara dunia tiga kali itu, Hamilton, dibuat menjelang pelancaran kereta baru pasukan Mercedes bagi musim 2017.
Mereka juga menyatakan pada hari yang sama bahawa bekas rakan sepasukannya, McLaren, mengumumkan mereka telah menandatangani seorang lagi pemandu remaja British dengan harapan untuk mengembangkan kerjayanya seperti yang mereka lakukan dengan Hamilton.
Masa Bernie Ecclestone sebagai ketua litar Grand Prix berakhir bulan lalu apabila Liberty Media yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) melengkapkan pengambilalihan jenama berprestij sukan bermotor itu dalam persetujuan yang bernilai sekitar AS$8 bilion.
“Saya tidak rasa F1 menang, dan ia sudah begitu buat masa yang lama,” Hamilton memberitahu BBC Radio Five Live. “Ia berkenaan dengan perubahan peraturan dan tidak melibatkan para peminat secukupnya.
![Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dari Britain ketika memandu kereta barunya di pelancaran kereta Mercedes F1 terbaru di trek lumba Silverstone, England. – AP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/LEAD-F1_240217.jpg)
“Masih terdapat kehebatan yang menyusul dalam F1 dan saya teruja bagi pemilik baru yang datang dan saya berharap mereka melakukan sesuatu yang baru.
“F1 sedikit ketinggalan dari segi, jika anda melihat kepada sukan lain, ia jauh di depan dalam faktor hiburan. F1 sedang mengejar dan banyak yang perlu mereka kejar.”
Terdapat permintaan yang lama bagi lebih banyak hiburan dalam F1, dengan kebanyakan menyatakan penguasaan Mercedes, yang telah memenangi 51 daripada 59 Grand Prix, dengan Hamilton dipintas daripada gelaran dunia pada tahun lepas oleh rakan sepasukan yang sekarang sudah bersara, Rico Rosberg, adalah teruk untuk sukan itu.
Dan Hamilton semalam berkata bahawa perubahan teknikal berpunca dari kereta-kereta yang lebih lebar, lebih besar dan lebih laju mungkin mengurangkan berbanding meningkatnya jumlah pintasan yang dinikmati oleh peminat-peminat F1. – AFP