SEPANG, 2 Okt – Lewis Hamilton membawa nasib baiknya dua kali berturut-turut dengan melebarkan pendahuluannya dalam kejuaraan dunia ke atas Sebastian Vettel tetapi berkata dia bimbang dengan tindak balas Ferrari di Jepun hujung minggu ini.
Selepas menamatkan kedudukan kedua di Grand Prix Malaysia, Hamilton ditanya adakah kelajuan Ferrari satu kebimbangan besar. “Ya, setentunya,” katanya.
“Kami ada kerja yang perlu dilakukan,” tambahnya sebelum berlepas ke Jepun bagi persiapan di Suzuka.
Hamilton menjadikan pendahuluannya kepada 34 mata selepas menamatkan perlumbaan di belakang Max Verstappen dari Red Bull di litar Sepang, GP Malaysia kelmarin.

Tetapi pemanduan hari tersebut adalah dari Vettel, yang meluru dari belakang petak untuk menamatkan di kedudukan keempat.
Mercedes Hamilton juga bergelut bagi kelajuan sebenar di Singapura dua minggu lalu.
Tetapi dia meraih kemenangan mengejut dari petak kelima selepas mengelakkan kemalangan pusingan pertama yang mengetepikan dua Ferrari dan Verstappen. – AFP