Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Hampir 300 anak flamingo diselamatkan dari tasik kering

    OUM EL BOUAGHI, ALGERIA, 22 JULAI – Kira-kira 300 ekor anak burung flamingo merah jambu diselamatkan oleh sukarelawan di timur Algeria selepas tasik masin tempat anak-anak burung berkenaan menetas, menjadi kering berikutan suhu tinggi dan kemarau selama bertahun-tahun.

    Beribu-ribu flamingo berhijrah setiap tahun untuk bersarang di Tasik Tinsilt, terletak sekitar 450 kilometer tenggara ibu kota Algiers.

    Ia adalah salah satu tanah lembap terbesar di negara ini, dengan keluasan lebih daripada 20 kilometer persegi.

    “Hampir sebulan yang lalu terdapat air di sini,” kata sukarelawan Mourad Ajroud kepada AFP pada Jumaat, sambil menunjuk kawasan yang kini menjadi hamparan tanah retak yang luas bersepah dengan bangkai burung mati.

    Kehilangan tasik itu, yang dikatakan oleh penduduk tempatan dan media Algeria disebabkan suhu tinggi dan kemarau selama bertahun-tahun, telah menghalau flamingo dewasa.

    Seekor flamingo yang diselamatkan dilihat di tempat perlindungan di mana burung kehausan diselamatkan dari kawasan berhampiran lagun kering di wilayah timur laut Algeria Ain Mlila pada 19 Julai lalu dibawa untuk rawatan, berikutan operasi menyelamat oleh penduduk tempatan. – AFP

    Burung-burung berkenaan meninggalkan telur yang belum menetas dan anak burung yang tidak berupaya mempertahankan diri, berpuluh-puluh daripadanya telah mati akibat kelaparan, kehausan, pemburuan haram dan serangan-serangan serigala.

    Sekumpulan sukarelawan menyediakan kereta dan trak mereka untuk memindahkan 283 flamingo merah jambu ke Tasik Mahidiya, kira-kira 50 kilometer jauhnya.

    Tanah lembap berhampiran Ain Mlila itu kekal berair hasil aliran air yang berterusan dari sungai dan tasik berhampiran.

    Operasi menyelamat itu dimulakan oleh jurugambar amatur tempatan Tarek Kawajlia, yang mendokumentasikan hidupan liar di kawasannya, dan menyedari pengurangan saiz tasik dan penerbangan burung. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Korea Selatan sahkan kes selesema burung pada unggas liar

    SEOUL, 20 NOV - Seekor angsa bean yang ditemukan...

    Hujan lebat berterusan di Vietnam ragut 16 nyawa

    HANOI, 20 NOV - Pasukan penyelamat mengeluarkan penduduk yang...

    Pertunjukan trashion serlah kreativiti, kelestarian SM Sayyidina Husain

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV - Sekolah Menengah Sayyidina...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...