Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

Hampir $800j diperuntukkan untuk Kementerian Pendidikan

Oleh Sim Y. H

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2023/2024 diperuntukkan sebanyak $797,852,995, di mana daripada jumlah berkenaan, $547,570,020 iaitu 69 peratus adalah disediakan untuk gaji kakitangan iaitu sebanyak 12,610 jawatan bagi tenaga pengajar dan bukan tenaga pengajar.

Sementara, $226,624,150 iaitu 28 peratus untuk Perbelanjaan Berulang-ulang dan Perbelanjaan Kemajuan adalah sebanyak $23,658,825.

Peruntukan tersebut diterangkan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dalam mukadimahnya ketika membentangkan peruntukan Kementerian Pendidikan Tahun Kewangan 2023/2024 di Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, kelmarin.

“Jumlah peruntukan besar ini mencerminkan kepentingan sektor pendidikan dalam agenda pembangunan negara serta menjadi antara keutamaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya bagi mencapai matlamat utama Wawasan Brunei 2035 iaitu melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.”

Yang Berhormat Datin men-yatakan bahawa seluruh warga Kementerian Pendidikan akan terus komited dan berusaha gigih dalam memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang diamanahkan, di samping mengamalkan sikap berhemah dalam berbelanja mengikut keutamaan perancangan dan keberhasilan impak yang dapat memenuhi jangkaan setiap pihak yang berkepentingan.

Terdahulu dalam mukadimah berkenaan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkata Tahun Kewangan 2023/2024 adalah sangat bermakna kepada sektor pendidikan khasnya dalam memastikan kesinambungan usaha-usaha strategik yang dilaksanakan sejauh ini bagi mendepani kesan COVID di kesemua sekolah dan institusi pendidikan kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darussalam.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -