ROM, 9 JULAI – Hampir setengah juta orang di Semenanjung Gaza menghadapi tahap kelaparan yang dahsyat, kata Program Makanan Sedunia (WFP).
Menerusi hantaran di laman X, WFP di Timur Tengah dan Afrika Utara berkata keluarga sering kali tidak menerima catuan penuh yang mereka perlukan kerana akses tidak menentu dan stok yang terhad, lapor Agensi Berita Palestin, WAFA.
“Pada Jun, WFP membantu 1 juta orang, tetapi itu tidak mencukupi,” kata WFP sambil menekankan keperluan untuk gencatan senjata di Gaza. – Bernama