Saturday, May 3, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Han Duck-soo sah bertanding jawatan presiden Korea Selatan

    SEOUL, 2 MEI – Bekas Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck Soo hari ini mengumumkan pencalonannya untuk jawatan presiden, berjanji hanya akan berkhidmat selama tiga tahun bagi melaksanakan pembaharuan perlembagaan dan menggunakan kepakaran ekonomi beliau bagi menangani krisis perdagangan negara itu.

    Pengumuman itu dibuat di Parlimen, sebulan sebelum rakyat Korea Selatan mengundi pada 3 Jun untuk memilih pengganti Presiden Yoon Suk Yeol yang telah disingkirkan melalui proses pendakwaan, lapor agensi berita Yonhap.

    “Saya memutuskan untuk mencari sesuatu yang boleh saya sumbangkan demi masa depan Korea Selatan yang saya cintai dan untuk kita semua. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya presiden akan datang,” katanya pada sidang media. – Bernama

    C Han Duck-soo, di Seoul, Korea Selatan, Jumaat, 2 Mei . – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda