Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hana reda suami terima hukuman

    Isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail reda menerima keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap suaminya itu kerana kesalahan merogol.

    Menganggap ujian itu sebagai nikmat kecil kehidupan, Hana, 38, turut memohon doa orang ramai untuk dia terus kuat berdepan takdir berkenaan, kongsi mStar.

    “Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.

    “Di hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.

    “Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Ummi Nour (Hana) dan Nour (anak),” katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

    Dalam pada itu, Hana sempat berkongsi sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyentuh mengenai reda dengan ketentuan Allah SWT.

    “Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami,” dipetik daripada Hadis Riwayat al-Bukhari.

    Pada pagi Jumaat, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

    Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022. – Agensi

    Hana reda dengan keputusan hakim yang menjatuhi hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan terhadap suaminya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda