Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Haneesya Hanee bimbang netizen ungkit kisah lama

    Pelakon dan model Malaysia, Haneesya Hanee berkongsi kepayahan membawakan watak Sally menerusi drama Aku Bukan Ustazah yang didakwa mempunyai kaitan dengan masa silamnya.

    Memetik laporan mStar, Haneesya atau Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 24, berkata, beliau berdepan detik sukar untuk membawakan watak tersebut kerana masih trauma dengan apa yang berlaku.

    Kata Haneesya, mengenangkan permintaan peminat yang merindui kemunculannya di televisyen, aktres berkenaan menyahut cabaran meskipun watak dibawa itu boleh memakan diri sendiri.

    “Korang tak tahu sebenarnya susah untuk saya bawa watak ini kerana ia mengundang rasa trauma saya.

    “Habis sahaja babak tersebut tangan dan badan saya menggeletar. Ia sangat sukar bagi saya.

    “Saya teringat peminat yang sudah lama ingin menonton saya berlakon semula dan saya lakukan ini semua untuk mereka… Walaupun membawakan watak Sally ini mungkin akan makan diri sendiri,” katanya.

    Haneesya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

    Dalam pada itu, Haneesya memberitahu beliau hampir melepaskan tawaran watak diberikan kerana tidak mahu mengimbau masa lampau yang pernah menghantui dirinya.

    Menurut Haneesya, babak di kelab malam yang dilakonkannya itu mungkin akan mengundang kembali kecaman dalam kalangan netizen.

    “Sebenarnya saya tidak mahu ambil watak Sally ini sebab kalau korang perasan, awal-awal dah ada babak pergi kelab malam dan mabuk.

    “Dengan sejarah lampau yang saya lalui, risiko untuk saya dikecam semula oleh netizen sangat tinggi.

    “Sebolehnya saya tidak mahu ada kaitan dengan masa lampau dan mahu ia berlalu pergi,” ujarnya.

    Haneesya bagaimanapun meluahkan rasa terharu dengan maklum balas positif diterima daripada penonton selepas menonton drama tersebut.

    Aktres berkenaan turut berharap kemunculannya itu bakal membuka mata penerbit untuk memberikan lebih banyak tawaran berlakon selepas ini.

    “Menerima maklum balas positif daripada penonton membuatkan saya rasa bersyukur dan terharu sangat. Terima kasih ia sangat bermakna untuk saya.

    “Saya harap selepas ini lebih banyak pihak produksi yang akan melihat bakat saya dan memberi peluang untuk saya berlakon lagi.

    “Sebenarnya saya hampir putus asa dalam industri lakonan ini kerana saya sudah lama tidak dapat peluang untuk berlakon. Tapi apabila respon positif yang diterima daripada peminat, korang buat saya tidak berputus asa,” katanya.

    Pada Januari 2019, penyebaran video pesta arak melibatkannya menjadi punca kemenangan Haneesya sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 dalam pertandingan tersebut dilucutkan.

    Penarikan gelaran itu diumumkan oleh Pengarang Majalah Remaja iaitu Faiz Aimman selepas pihaknya kesal dengan insiden tersebut apabila Haneesya melanggar syarat penyertaan dan kontrak pertandingan itu.

    Isu berkenaan menjadi pendebatan hangat netizen termasuklah mempertikaikan kredibiliti juaran pertandingan itu selepas tersebar video memperlihatkan Haneesya bersama rakan-rakannya berpesta sambil minum arak. – Agensi

    Haneesya (tengah) bersama barisan pelakon Aku Bukan Ustazah, Erysha (kiri) dan Shaza. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...