Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Haniff Hamzah fasih ‘speaking’, berlatih di rumah sejak kecil

    Peralihan penyampai radio Haniff Hamzah ke radio Fly FM membuka mata ramai pihak terhadap kebolehannya berbahasa Inggeris.

    Gara-gara itu, ada yang menyangka Haniff pernah melanjutkan pelajaran di luar negara sehingga membuatkan dia fasih berkomunikasi dalam bahasa tersebut.Tidak pernah belajar di luar negara, Haniff, 39, sebaliknya memberitahu dia memang dilatih bercakap dalam bahasa Inggeris sejak kecil di rumah.

    “Mereka ingat saya belajar di luar negara sampai boleh bagus berbahasa Inggeris tetapi sejujurnya saya belajar di Malaysia sahaja. Paling jauh saya pernah pergi pun dekat Negeri Sembilan, itu paling jauh sekali dari KL. Macam mana saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik, sebab saya memang cakap guna bahasa itu di rumah,” katanya.

    Dalam pada itu, Haniff menjelaskan tahap pendidikan dan kerjaya ibu bapanya antara salah satu salah satu faktor dia fasih berkomunikasi bahasa berkenaan. Malah dia turut diajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu mahupun dialek Kelantan Ketika di rumah.

    “Mak saya belajar tinggi sampai luar negara, kat rumah memang dia bercakap dengan saya dalam dua bahasa termasuk dialek Kelantan. Ayah saya pula seorang tentera dan bos dia pun ramai dari England. Kalau kat rumah dia marah atau perkara serius, memang dia akan cakap dalam bahasa Inggeris. Sepanjang membesar bercakap bahasa Inggeris memang perkara normal untuk saya,” jelasnya. – Agensi

    Haniff memberitahu dia dilatih berbahasa Inggeris sejak kecil.- mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...