Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hanoi dinobat sebagai Destinasi Percutian Bandar Utama Dunia

    HANOI, 5 DIS – Ibu negara Vietnam, Hanoi telah diberi penghormatan sebagai Destinasi Percutian Bandar Terkemuka Dunia 2023 di Anugerah Perjalanan Dunia di Dubai, lapor agensi berita Vietnam hari ini.

    Ini kali kedua Hanoi memenangi gelaran itu. Anugerah Destinasi Percutian Bandar Terkemuka Dunia 2023 sekali lagi mengesahkan potensi dan daya tarikan Hanoi, menurut Jabatan Pelancongan bandar itu.

    Anugerah Destinasi Percutian Bandar Terkemuka Dunia yang terbaharu adalah satu lagi demonstrasi usaha dan pencapaian sektor pelancongan tempatan serta kedudukan kukuh Hanoi dalam peta pelancongan global, kata jabatan itu.

    Menurut jabatan itu, Hanoi mengalu-alukan 22.6 juta pelancong dalam 11 bulan pertama 2023, peningkatan sebanyak 32.4 peratus tahun ke tahun.

    Antara ketibaan, pelancong antarabangsa menyumbang 4.1 juta, tiga kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2022.

    Pada Anugerah Perjalanan Dunia tahun ini, Vietnam turut memenangi Destinasi Warisan Terkemuka Dunia 2023, menurut pihak berkuasa pelancongan kebangsaan Vietnam. – Xinhua

    Seorang penjual bunga menyiram bunga di sebuah kedai di sepanjang jalan di Hanoi pada 5 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...