Friday, September 30, 2022
23.4 C
Brunei

HAPPY giat sebar mesej mengenai HIV

-

Oleh Salawati Haji Yahya & Sim Y. H.
Gambar serahan Majlis BDAIDS

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai HIV termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan jangkitan seksual dalam kalangan belia, Majlis AIDS Brunei Darussalam (Majlis BDAIDS) giat mengendalikan Program Kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (HAPPY).

Baru-baru ini, program berkenaan secara berasingan telah diadakan di Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebagai sebahagian daripada Program Freshers’ Week dan di Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS), Bandar Seri Begawan.

Di CHMS, kira-kira 120 orang pelajar Tahun 10 menghadiri program itu di mana Presiden Majlis BDAIDS, Awang Iswandy bin Ahmad mengongsi statistik tempatan terkini STI dan kehamilan remaja dengan mengetengahkan usia serta jantina yang mendominasi statistik itu.

Beliau turut menyatakan bahawa angka itu boleh dikurangkan dengan mengamalkan sikap berpantang sebagai sebahagian daripada kaedah untuk mencegah golongan belia daripada terlibat dalam sebagai tabiat berisiko yang boleh membawa kepada jangkitan STI, hamil di luar nikah atau perkahwinan muda.

Sementara itu, di UBD pula, seramai 700 orang mahasiswa dan mahasiswi menyertainya di mana program disampaikan oleh Dayang Siti Nurzaimah Nazhirah binti Haji Zaim daripada Pasukan HAPPY.

Program itu merupakan sebuah program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta juga aktiviti interaktif bagi menyampaikan mesej kepada golongan muda di mana mesej-mesej yang disampaikan dengan disesuaikan kepada situasi tempatan.

Majlis BDAIDS berharap supaya para pelajar akan membawa pulang mesej-mesej yang disampaikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka serta untuk dilaksanakan dalam gaya hidup seharian mereka.

Program HAPPY diadakan di UBD sebagai sebahagian daripada Program Freshers’ Week.
Awang Iswandy menyampaikan ceramah semasa Program HAPPY yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -