Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harapan, permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam meningkat

    KOTA KINABALU, 12 SEPT – Harapan dan permintaan rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin bertambah seiring peningkatan pendidikan dan pendapatan dalam kalangan rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

    Beliau berkata dalam usaha mereformasikan perkhidmatan awam dengan segera demi membangunkan kompetensi awam dalam pelbagai aspek maka kemahiran kepimpinan dalam kalangan penjawat awam seperti kecergasan emosi, komunikasi, peningkatan prestasi, kesedaran diri dan berdaya tahan perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan tatakelola yang baik serta merangsang produktiviti. 

    “Sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, reformasi sektor awam perlu memastikan penjawat awam yang berprestasi tinggi mempunyai kemahiran, nilai dan etika kerja terbaik. Perkhidmatan awam mestilah berpaksikan kepada people centric dengan menambah baik kecekapan, menggalakkan inovasi, dan mengukuhkan ekosistem tatakelola. 

    “Oleh demikian, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) perlu ditetapkan bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan program, memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta pematuhan terhadap tatakelola yang baik,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Kepimpinan KSN Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri Sabah 2024, hari ini.

    Beliau berkata perkhidmatan awam perlu lebih peka dengan keperluan semasa dan kehendak rakyat serta pihak berkepentingan. – Bernama

    Tan Sri Shamsul Azri ketika menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 di Puspanitapuri pada 10 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda