Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga makanan dunia cecah rekod tertinggi pada 2022

    PARIS, 6 JAN – Harga makanan dunia menurun untuk bulan ke-sembilan berturut-turut pada bulan Disember walaupun ia mencapai paras tertinggi dalam rekod bagi tahun penuh pada 2022, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Harga makanan melonjak ke paras tertinggi bulanan pada Mac selepas Rusia menyerang Ukraine, pembekal utama gandum dan minyak masak kepada dunia.

    Sekatan tentera laut Rusia telah menghalang eksport bijirin Ukraine, namun telah ditarik balik berikutan perjanjian pada bulan Julai yang diuruskan oleh Turkiye dan PBB.

    Pertubuhan Makanan dan Pertanian berkata, indeks harga-nya yang menjejaki perubahan bulanan dalam harga antarabangsa sekumpulan komoditi makanan jatuh kepada 132.4 mata pada Disember, susut 1.9 peratus daripada November.

    Ia juga satu peratus lebih rendah daripada Disember 2021.

    “Harga komoditi makanan yang lebih baik dialu-alukan selepas dua tahun yang sangat tidak menentu,” kata ketua ekonomi FAO Maximo Torero dalam satu kenyataan.

    “Adalah penting untuk terus berwaspada dan mengekalkan tumpuan yang kukuh bagi mengurangkan ketidakamanan makanan global memandangkan harga makanan dunia kekal pada paras tinggi,” katanya.

    Torero berkata, banyak makanan ruji hampir mencapai rekod tertinggi dengan harga beras meningkat dan ‘masih banyak risiko yang berkaitan dengan rantaian bekalan masa depan’. – AFP

    Peniaga memanaskan diri mereka dekat unggun api semasa menjual buah-buahan di sebuah pasar jalanan di Tbilisi, Disember lalu. Harga makanan dunia mencecah harga tertinggi pada 2022 kerana perang Ukraine dan Rusia, menurut PBB. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda