Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hari Kebangsaan, Ulang Tahun Perkhidmatan Luar Turkiye disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Kedutaan Besar Republik Turkiye, semalam mengadakan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-100 tahun dan Ulang Tahun ke-500 Perkhidmatan Luar Turkiye di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Hadir mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan suami, Haji Mohd Fadzil bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan nya-nyian lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Turkiye sebelum ucapan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy yang menyentuh mengenai hubungan diplomatik kedua-dua buah negara selama 40 tahun.

    Tuan Yang Terutama berkata, sejak hubungan diplomatik terjalin pada 31 Disember 1983, kedua-dua buah negara sentiasa dieratkan dengan pelbagai kerjasama dan berkongsi perpaduan yang kuat.

    Lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 6 hingga 9 Mac tahun ini, tambah beliau, juga telah melakar satu sejarah dalam meningkatkan lagi kerjasama yang lebih erat yang turut menyaksikan pemeteraian lima perjanjian dalam bidang pertahanan, perundingan dua hala, kebudayaan, pendidikan dan arkib negara serta berharap kerjasama akan diteruskan dan berkembang dalam masa terdekat.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan TYT Profesor Dr Hamit Ersoy ketika hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan TYT Profesor Dr Hamit Ersoy ketika menyempurnakan sesi pemotongan kek. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Beliau berkata, sempena acara resepsi berkenaan, Kedutaan Besar Republik Turkiye juga menjemput beberapa orang artis berbakat antaranya vokalis dan ketua koir terkenal, Suat Kilic; virtouso qanun, Ozgur Sarman; penyanyi muda yang berbakat, dan Oud Gambus, Enes Metehan Sahin dan Seyit Ahmet Depeler serta Abdurrahim Kahya yang merupakan artis kaligrafi.

    Para artis berkenaan bukan sahaja membuat persembahan pada majlis berkenaan, malah mereka terlibat dengan beberapa program kelas, antaranya kelas Oud Gambus baru-baru ini dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Pengajar oud Turkiye tersebut tiba di Brunei dua minggu lalu dan sedang melatih 40 artis tempatan untuk bermain oud selama sebulan.

    “Saya sangat teruja untuk melihat hasil kelas ini, bersama awda semua, kerana mereka akan membuat persembahan di atas pentas,” tambahnya.

    Majlis seterusnya menyaksikan sesi memotong kek yang disempurnakan bersama oleh Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan TYT Profesor Dr Hamit Ersoy.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil kepada pelajar Kursus Bahasa Turkiye di Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...