Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hari Terbuka UBD 15-17 Feb ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Lepasan sekolah dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dialu-alukan untuk menghadiri Hari Terbuka UBD yang akan diadakan di Dewan Canselor UBD, pada 15 hingga 17 Februari ini.

    Menurut kenyataan UBD, semasa acara itu, orang awam boleh meneroka pilihan program-program yang ditawarkan meliputi program sarjana muda dan pasca siswazah.

    Dengan kehadiran perwakilan fakulti dan pusat penyelidikan pada acara itu, bakal-bakal pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli akademik, mendapatkan maklumat lebih mendalam mengenai program-program yang terdapat di UBD sekali gus bersedia membimbing mereka ke arah perjalanan akademik.

    Dengan adanya program-program yang memiliki kadar kebolehkerjaan yang tinggi seperti Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Proses dan Kimia) di Faculty of Integrated Technologies (FIT); Sarjana Muda Sains Kesihatan di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS); Sarjana Muda Sains di Fakulti Sains (FOS); Sarjana Muda Sastera di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) dan Sarjana Muda Perniagaan di UBD School of Business and Economics (UBD SBE), maka UBD terus memastikan program di semua fakulti dikemas kini dengan keperluan tempatan dan global.

    Sementara itu, tawaran terkini daripada School of Digital Sciences yang baru ditubuhkan ialah Ijazah Sarjana Muda Sains Digital (Kecerdasan Buatan Gunaan) yang selaras dengan usaha negara untuk menerima sepenuhnya revolusi perindustrian keempat (IR4.0).

    Menerusi program itu, para pelajar dapat membangunkan pemahaman tentang elektronik, mekanikal dan pengkomputeran serta mempelajari pengkomputeran fizikal untuk kecerdasan buatan dan Internet of Things (IoT). Program itu menghubungkan teori dengan amalan dengan memasukkan latihan industri dua semester untuk membolehkan pengalaman bekerja dalam kehidupan sebenar.

    Walaupun Sarjana Muda Sains Digital ialah program empat tahun, namun jurusan terbaharu memendekkan program kepada tiga tahun itu tidak menjejaskan latihan sambil bekerja dan pensijilan yang diperolehi. Ini termasuk kelayakan untuk menyertai Program Permulaan oleh Dynamik Technologies, yang diperkenalkan pada 2021.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...