Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hari terbuka UBD dirasmikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Lepasan sekolah, graduan, profesional yang bekerja dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dialu-alukan untuk menghadiri Hari Terbuka UBD yang diadakan di Dewan Canselor UBD bermula hari ini hingga 17 Februari.

    Hadir merasmikan acara tiga hari itu ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya melancarkan laman web UBD yang baharu serta mengunjungi meja maklumat yang disertai oleh perwakilan fakulti dan pusat penyelidikan.

    Dengan adanya acara berkenaan, ia memberi peluang kepada bakal-bakal pelajar berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli akademik, mendapatkan maklumat lebih mendalam mengenai program-program yang terdapat di UBD sekali gus bersedia membimbing ke arah perjalanan akademik.

    Acara itu dihoskan oleh pejabat korporat seperti Entrepreneurship Village (EV), UBD Corp dan Friends of UBD yang terdiri daripada rakan kongsi tempatan, agensi kerajaan dan lain-lain yang telah menjalinkan kerjasama dengan UBD melalui penyelidikan dan acara selain Pusat Rangkaian, Pekerjaan dan Latihan Kerjaya (CoNECT) yang turut menyertai dalam acara itu untuk menjawab pertanyaan.

    Sementara itu, laman web UBD yang kini berwajah baharu dengan gabungan warna jenamanya, menampilkan navigasi kandungan dalam talian yang cekap serta kebolehcapaian mudah kepada maklumat terkini tentang kampus, fakulti, kemudahan, program dan berita.

    Pelancaran Hari Terbuka UBD 2023 oleh tetamu kehormat majlis.
    Dr Hazri mengunjungi petak maklumat pada Hari Terbuka UBD di Dewan Canselor.

    Para pengunjung diberikan penerangan semasa melawat ke salah satu petak pameran sempena Hari Terbuka UNISSA di Dewan Gimnasium UNISSA, kelmarin.

    Sebagai tambahan kepada pelbagai pilihan dalam talian untuk menghubungi wakil universiti, laman web berkenaan termasuk fungsi sembang langsung dan ia beroperasi semasa waktu bekerja dari pukul 7:45 pagi hingga 5 petang di mana pengunjung laman berkenaan boleh bersembang terus dengan wakil universiti.

    Manakala itu, di luar waktu itu, mereka disambungkan ke chatbot yang sepatutnya dapat memberikan jawapan mengenai topik tertentu di samping itu, UBD kini boleh dihubungi melalui Talian Darussalam 123 dan pengendali telefon akan bersedia untuk menjawab soalan lazim.

    Juga terdapat di laman web berkenaan adalah akses kepada Sistem Maklum Balas UBD, e-help yang merupakan platform dalam talian untuk pihak berkepentingan memberikan input dan menerima maklum balas mengenai pelbagai perkhidmatan di UBD.

    Pengguna termasuk kakitangan dan pelajar dikehendaki membuat akaun dan menyerahkan tiket dengan butiran maklum balas untuk jabatan masing-masing di universiti bagi bertindak balas dengan resolusi yang diperlukan.

    Pada hari terbuka itu, UBD mempersembahkan cara baharu untuk pelajar memperoleh faedah melalui kad pelajar dengan mendapat diskaun menarik daripada 30 vendor yang mengambil bahagian di Brunei.

    Selain itu, hari terbuka juga dimeriahkan dengan jualan makanan dan minuman hingga jualan runcit termasuk syarikat penerbangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...