JOHOR BAHRU, 19 MAC – Skuad Harimau Malaya di bawah pengendali baharu, Peter Cklamovski, perlu berhati-hati dengan barisan baharu Nepal menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Selasa depan.
Pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin, yang pernah beraksi menentang pasukan di ranking ke-175 dunia itu dalam aksi persahabatan pada Mac tahun lepas, berkata mereka tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan ‘The Gorkhalis’.
“Mereka dijangka akan menurunkan pasukan yang berbeza daripada kali terakhir kami menentang mereka dalam perlawanan persahabatan itu.”
Malah, katanya, rekod kemenangan 5-1 dalam aksi persahabatan tahun lepas tidak boleh dijadikan ukuran bahawa ia akan menjadi tugas mudah untuk mengulangi pencapaian tersebut.
Perlawanan persahabatan itu diadakan sebagai pemanas badan bagi persiapan menghadapi Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
“Jadi, kami pasti akan melihat bagaimana mereka bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Singapura.” – Bernama
