Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hariz fobia darah, masih trauma insiden usia 4 tahun

    Pelakon Hariz Hamdan fobia dengan darah sehingga memberi kesan terhadap kerjaya lakonannya.

    Mengulas lanjut perkara itu, Hariz atau nama sebenarnya, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan berkata, keadaan dirinya itu menyebabkannya berdepan kesukaran berlakon dalam filem seram, Banglo Seksyen 12 apabila terdapat babak yang memerlukannya berdepan dengan darah.

    “Kalau penonton tengok, ada babak ayam mati dipaparkan dalam filem ini. Ayam ini berdarah dan saya memang tak boleh tengok darah.

    “Saya memang fobia dengan darah. Jadi, agak sukar melakonkan babak ini dan perlu ambil masa. Tapi, Alhamdulillah saya yakinkan diri dan buat sahaja,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas punca fobia itu berlaku, pelakon dan model yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Hero Remaja itu memberitahu semuanya terjadi selepas mengalami kemalangan kecil ketika usia empat tahun.

    Hariz ambil inisiatif berguru dengan Ellie Suriaty demi menambah ilmu. – mStar

    “Masa usia empat tahun, tangan saya pernah tergesel pada tayar kereta. Tapi, saya tak berapa ingat bagaimana kejadian sebenar berlaku.

    “Luka akibat tergesel menyebabkan darah memancut-mancut. Disebabkan itu, saya tak boleh tengok darah dan kalau nampak serta-merta boleh jadi loya.

    “Saya bersyukur keadaan semakin baik dan kurang sedikit rasa takut pada darah,” kata Hariz ditemui pada malam gala filem Banglo Seksyen 12 di Lalaport, kelmarin.

    Memandangkan filem filem Banglo Seksyen 12 adalah lakonan pertamanya, Hariz mengambil inisiatif berguru dengan pelakon dan pengarah hebat, Ellie Suriaty demi menambah ilmu.

    “Ini adalah filem pertama dan saya akui tiada pengalaman dalam dunia lakonan. Jadi, saya ambil inisiatif sendiri berguru dengan Ellie,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...