Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    125 sertai program induksi

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Dengan matlamat memberikan pendedahan mengenai maklumat yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar, seramai 125 orang tenaga pengajar baharu menyertai Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu selama lima hari bermula 25 hingga 31 Januari.

    Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, bermula dengan Majlis Pembukaan Program Induksi Tenaga Pengajar Baharu bagi 2024 yang berlangsung di Dewan Tokyo, Airport Mall, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis pembukaan itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman. Turut hadir ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit dan ketua-ketua pusat di bawah Pendidikan Teras, ketua-ketua kluster dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan.

    Pada majlis berkenaan, Pengarah Jabatan Pengurusan Pendidik, Kementerian Pendidikan, Dayang Masdiah binti Haji Tuah selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Induksi bagi Tenaga Pengajar Baharu telah menyampaikan ucapan alu-aluan.

    Pengisian utama program berkenaan termasuk aktiviti dan taklimat daripada jabatan-jabatan dari Kementerian Pendidikan dan agensi-agensi luar termasuk Pejabat Wawasan dari Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Sejarah Brunei, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Brunei, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan.

    Program induksi itu dihasratkan sebagai platform untuk menjalinkan hubungan profesional di antara rakan sekerja bagi meningkatkan kerjasama antara satu sama lain di masa akan datang.

    Awang Aliuddin (tengah) menghadiri Majlis Pembukaan Program Induksi Tenaga Pengajar Baharu bagi 2024 yang berlangsung di Dewan Tokyo, Airport Mall. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Para tenaga pengajar baharu yang menyertai Program Induksi berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...