YANGON – Zay Yar adalah seorang tukang yang mahir dan telah menghasilkan kenderaan miniatur kayu zaman dahulu di bandar terbesar Myanmar, Yangon selama tiga tahun.
Kenderaan generasi lama yang dihasilkan di sekitar Perang Dunia Kedua dan digunakan secara meluas sebagai pengangkutan awam di Myanmar menjadi inspirasi Zay Tar untuk memulakan hobi kraftangan mencipta kenderaan itu pada 2016 selepas bekerja di kedai auto selama sedekad.
“Kebanyakan kraf saya diperbuat daripada kayu-kayu yang mudah diukir. Pembuatan model tidak sukar bagi saya kerana saya biasa dengan hal mengenai kereta sejak zaman kanak-kanak,” kata Zay Yar kepada Xinhua.
“Bapa saya adalah pemandu dan kebanyakan masa kecil saya diluangkan bersama kereta. Kasih sayang saya terhadap kenderaan berkembang sejak saat itu dan saya memutuskan untuk mencipta versi model mini,” kata Zay Yar.
Tiga tahun kemudian, pengumpul tegar mengejar hasil krafnya yang terkenal dengan ketelitian, menjadikannya sering ditempah bagi dua bulan seterusnya.


Model mini yang dihasilkan olehnya terdiri daripada Mazda K360, B 360, B 600, kenderaan roda tiga untuk bas Hino BM, TE dan Chevrolet dan trak Dodge lama yang hilang dari pasaran di Myanmar, dengan harga antara sekurang-kurangnya AS$46.7 hingga AS$133.3.
Mengumpul model mini bagi orang dewasa bukan sesuatu yang menghairankan dan begitu juga pelanggannya termasuk mereka yang ingin menyimpan kenangan lama pengangkutan awam, yang jauh berbeza berbanding keadaan Myanmar pada hari ini.
“Saya suka model generasi lama, terutamanya pada tahun 1932 sehingga 1935, tetapi saya tidak suka model generasi terbaharu,” kata Zay Yar.
Kira-kira 90 peratus model mini yang diperbuat daripada kayu dan beberapa bahagian termasuk roda stereng yang diperbuat daripada plat besi dan gangsa.
“Ia memerlukan lima hari untuk membuat satu-satu model dan sebahagian daripada model lain memerlukan buatan yang lebih terperinci dengan stereng dan pintu yang boleh dibuka,” katanya lagi.
Usaha Zay Yar tidak sia-sia kerana pelanggan-pelanggannya mengagumi hasil pertukangannya.
“Kualiti dengan produk terbaharunya mencerminkan peningkatan kemahirannya dan model keretanya kelihatan seperti kereta yang sebenar. Saya mempunyai enam atau tujuh model daripada produknya sejak 2017 dan antara model yang paling mahal berharga AS$120,” kata Zwe Ko Ko Myint, salah seorang pelanggannya memberitahu Xinhua.
Zay Yar yang berusia 39 tahun itu mempunyai jadual kerja hariannya iaitu dari awal pagi hingga 5 petang.
“Saya berhenti bekerja pada waktu malam kerana saya khuatir jiran saya terganggu oleh bunyi dari mesin saya,” katanya.
Walaupun menerima banyak tempahan daripada pengumpul yang ramai, Zay Yar tidak berhasrat untuk memperluaskan perniagaan ini dan hanya menerima dalam 10 pesanan dan menghasilkan tidak lebih dari empat miniatur dalam sebulan. – Xinhua