Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hatrik Zahavi tumpas Galatasaray

    PARIS, 22 JULAI – Eran Zahavi menjadi wira selepas meledakkan hatrik untuk PSV Eindhoven ketika menewaskan pasukan dari Turki, Galatasaray 5-1 pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Liga Juara-Juara, semalam.

    Zahavi menjaringkan gol pembukaan hanya selepas dua minit perlawanan bermula dan menggandakan jaringan selepas waktu rehat sebelum melengkapkan hatrik pada penghujung babak perlawanan.

    Pemain yang memenangi Piala Dunia 2014 bersama Jerman, Mario Goetze meledak gol menarik sementara Emre Kilinc melengkapkan jaringan saguhati buat pasukan dari Belanda itu sekali gus memberi kelebihan untuk mereka mara ke pusingan seterusnya.

    Mereka akan berdepan sama ada kelab Scotland, Celtic atau wakil Denmark, Midtjylland, yang seri 1-1 di Glasgow, Selasa depan.

    Red Star Belgrade, Juara Eropah pada 1991, berdepan ranjau berliku selepas tewas 1-2 kepada Kairat Almaty di Kazakh yang meledak gol pembukaan pada babak pertama menerusi pemain Sepanyol, Jose Kante.

    Aksi penyerang PSV, Eran Zahavi semasa merebut bola dengan pemain tengah Galatasaray, Aytac Kara dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara di Stadium Phillips di Eindhoven, semalam. – AFP

    Pemain Croatia, Dino Mikanovic menjaringkan gol sendiri selepas satu jam permainan untuk Red Star menyamakan kedudukan.

    Tetapi pemain pertahanan Cameroon, Macky Bagnack, yang baru tiba di Kairat dari kelab Serbian SuperLiga, FK Partizan, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79.

    Dalam perlawanan yang berasingan, Malmo dari Sweden menjaringkan gol 2-1 ke atas kelab dari Finland untuk perlawanan kedua setelah menjadi tuan rumah kepada HJK Helsinki.

    Penyerang dari Croatia, Antonio Colak meletakkan pemain Sweden di depan pada separuh masa pertama.

    Roope Riski menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua, namun Malmo berjaya menjaringkan lagi gol menerusi pemain tengah Denmark, Anders Christiansen.

    Legia Warsaw dari Poland juga menang 2-1 ke atas Estonia Flora Tallinn setelah Rafael Lopes menjaringkan gol kemenangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda