Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hazard, De Bruyne belum pasti beraksi di suku akhir

    BRUSSELS, 2 JULAI – Jurulatih Belgium, Robero Martinez, kelmarin mengatakan bahawa dia akan memutuskan sama ada akan menurunkan Eden Hazard dan Kevin De Bruyne (gambar) pada suku akhir Euro 2020 hujung minggu ini ‘pada saat-saat terakhir’.

    Pasukan Martinez akan berdepan Itali dalam perlawanan suku akhir di Munich esok tetapi kemungkinan tanpa Hazard dan De Bruyne kerana masalah kecederaan.

    “Kami berjuang melawan masa. Kami akan mengambil masa hingga saat-saat terakhir untuk membuat keputusan,” kata Martinez.

    “Kita akan melihat esok jika mereka akan terlibat atau tidak.

    “Esok, ia keputusan perubatan pada sebelah petang dikeluarkan dan kemudian kami akan membuat keputusan selepas itu,” tambahnya.

    Kapten Hazard dan pemain tengah De Bruyne kedua-duanya dikeluarkan ketika kemenangan 1-0 Belgium ke atas Portugal di pusingan 16 akhir hujung minggu lalu.

    Belgium bertanding untuk mara ke separuh akhir buat pertama kalinya sejak 1980, ketika mereka tewas kepada Jerman di final. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda