Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hengyi anjur kempen derma darah

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi Industries) telah menganjurkan kempen derma darah kali ke-4 di Bangunan Pentadbiran, Pulau Muara Besar (PMB), kelmarin.

    Sebanyak 54 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen tersebut yang bertemakan ‘Derma Darah, Selamatkan Nyawa’, yang disertai oleh kakitangan dan pihak pengurusan Hengyi Industries.

    Kempen di bawah Hengyi Cares Initiative itu, merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Hengyi Industries sejak 2019.

    Kempen itu bertujuan untuk menggalakkan dan memotivasikan kakitangannya tampil ke hadapan dan menderma darah dengan niat untuk membantu menyelamatkan nyawa, selain menyebarkan kesedaran tentang kepentingan dan faedah menderma darah. 

    Kempen derma darah itu juga diadakan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-3 syarikat untuk kejayaan pentauliahan kilang petrokimia dan penapisan Hengyi Industries.

    Antara kakitangan dan pihak pengurusan Hengyi Industries yang menyertai kempen derma darah tersebut. – Gambar serahan Hengyi Industries
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda