Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Hiasi diri dengan akhlak terpuji

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Akhlak mulia dan terpuji yang ada pada diri Rasulullah SAW iaitu siddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) hendaklah dijadikan sebagai suluh dan teladan oleh umat Islam dalam usaha untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

    Ini kerana menghiasi diri dengan akhlak baik dan mulia seumpama itu amatlah penting dalam membina dan membangun kerukunan hidup beragama, bermasyarakat dan bernegara.

    Perkara itu disentuh oleh khatib dalam Khutbah Jumaat hari ini, bertajuk ‘Jujur, Amanah dan Bijaksana dalam Pekerjaan’, sempena Hari Perkhidmatan Awam. Beliau turut menegaskan akhlak baik dan mulia hendaklah sentiasa diterapkan dalam kehidupan seharian terutama individu yang menjalankan tugas atau tanggungjawab dalam sebuah pentadbiran organisasi tidak kira sama ada seorang itu bekerja di sektor awam atau swasta.

    Menurut khatib, pentadbiran memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara dan untuk menghasilkan pentadbiran berkualiti dan cemerlang, etika kerja adalah perlu.

    “Ini kerana tanpa adanya etika kerja sudah tentu sumber tenaga manusia yang menjalankan tugas dalam pentadbiran sebuah organisasi akan bertindak mengikut perasaan dan hawa nafsu tanpa diikat oleh peraturan undang-undang dan etika kerja,” katanya. Beliau menjelaskan etika adalah prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan individu, kumpulan, persatuan, pekerjaan dan lainnya.

    Sehubungan itu, khatib berkata, untuk mencapai matlamat kerja cemerlang seperti kehendak dalam agama Islam, seseorang hendaklah menghayati etika dan garis pandu cara bekerja dalam Islam.

    Antara sifat atau etika kerja yang patut ada dalam diri individu itu seperti jujur, amanah, bijaksana dalam menjalankan tugas harian. Bijaksana itu termasuklah bijak membuat keputusan, perbelanjaan dan penggunaan masa. Apabila membuat sesuatu keputusan hendaklah bersifat amanah, jujur dan ikhlas di mana selagi dalam jawa ditanamkan dengan sifat-sifat ini sudah tentu, seseorang itu tidak akan melakukan kezaliman dengan membuat keputusan yang mengikut perasaan dan hawa nafsu.

    “Pada setiap tahun Negara Brunei Darussalam meraikan Hari Perkhidmatan Awam yang mana ia merupakan tonggak utama dalam mengerak aktifkan sumber tenaga manusia dan penyumbang kepada pembangunan negara dalam mencapai Wawasan Negara 2035,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...