Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hidangan McDonald’s ceriakan murid

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Dalam sama-sama menyebarkan keceriaan dan memupuk rasa kekitaan serta untuk meraikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Makan Ceria Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak 107 hidangan McDonald’s kepada murid-murid dan guru Sekolah Chung Hwa Kiudang, baru-baru ini.

    Sumbangan berkenaan adalah bagi sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menyediakan kejutan yang indah kepada murid dan guru sekolah berkenaan dengan sumbangan hidangan makanan McDonald’s untuk dinikmati bersama.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekolah Chung Hwa Kiudang, sumbangan itu merupakan tanda penghargaan Makan Ceria Sdn Bhd kepada komuniti sekolah serta tanda komitmennya dalam penglibatan masyarakat dan sokongannya kepada kese-jahteraan generasi muda negara.

    Hari Kanak-kanak Sedunia diraikan di seluruh dunia pada 20 November di mana ia menumpukan kepada perpaduan bersama, meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia serta meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak.

    Pihak pengurusan Makan Ceria Sdn Bhd menyatakan perasaan gembira kerana berpeluang untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat setempat dan menekankan pentingnya memupuk rasa keriangan dan setia kawan khususnya semasa masa-masa yang mencabar.

    Para murid dan guru Sekolah Chung Hwa Kiudang menyatakan penghargaan kepada Makan Ceria Sdn Bhd atas sumbangan hidangan makanan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, baru-baru ini.
    – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang

    Sementara itu, pihak Sekolah Chung Hwa Kiudang menyatakan penghargaan kepada Makan Ceria Sdn Bhd atas sumbangan mereka di mana inisiatif serupa itu memberikan kesan positif kepada kesejahteraan murid-murid.

    Acara itu bukan sahaja menyediakan hidangan yang lazat untuk dinikmati tetapi ia juga menjana rasa perpaduan dan berkongsi ke-riangan dalam kalangan murid serta guru sekolah berkenaan.

    Sumbangan itu merupakan con-toh tanggungjawab sosial korporat yang dapat memainkan peranan penting dalam menyokong serta mengangkat masyarakat setempat.
    Ia juga menunjukkan bahawa tindakan kebaikan yang kecil boleh memberikan kesan yang signifikan dalam kehidupan seseorang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...