Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jamie Foxx didakwa lakukan serangan seksual

    Pelakon Amerika Syarikat (AS), Jamie Foxx didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita dalam satu insiden yang berlaku pada tahun 2015.

    Memetik laporan E News, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mengatakan ketika dia dan rakannya sedang makan di sebuah restoran di New York, AS, dan mereka melihat Foxx duduk berdekatan rakannya itu.

    Foxx dilihat memenuhi permintaan rakannya itu untuk bergambar dan memuji kecantikan yang dimiliki mereka.

    Dalam pada itu, mangsa mendakwa pemenang anugerah Oscar itu kemudiannya mencabul dirinya.

    Jelas mangsa, Foxx berhenti melakukan perkara sumbang itu selepas rakannya mendekati mereka.

    Menurut tuntutan yang dibuat, mangsa terpaksa menjalani rawatan perubatan untuk kecederaan dan tekanan emosi yang dialami.

    Sehingga kini dimaklumkan wakil aktor berkenaan masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap tuntutan yang dibuat oleh wanita tersebut. – Agensi

    Jamie didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...