Sunday, January 5, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidupkan penghujung Ramadan dengan Majlis Keagamaan

    Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Majlis-majlis keagamaan seperti khatam Al-Quran terus menyemarakkan bulan Ramadan tahun ini yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

    Antara yang mengambil kesempatan hari-hari terakhir Ramadan ini untuk meraih keberkatan adalah Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Belait di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Panaga, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Kanan Polis Handrie bin Haji Amin, para pegawai serta anggota dan kakitangan awam PPDB.

    Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Brunei pula telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada 17 penerima yang kurang berkemampuan dan berdaftar di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), kelmarin.

    Antara yang hadir pada majlis khatam yang diadakan di Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.
    Datin Hajah Siti Hajar semasa menghadiri majlis khatam yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis.
    Datin Paduka Hajah Suraya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim di Kementerian Kesihatan.
    Pengiran Haji Nordin bersama ahli-ahli PERBEKAL dan MPK semasa Majlis Khatam Al-Quran di kediaman Ketua Kampung Lambak Kanan.
    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan semasa menghadiri majlis khatam yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Panaga.
    Ir Haji Mohammad Nazri ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Khatam Al-Quran PUJA di Kementerian Pembangunan.
    Haji Ahmad Abdussalam semasa menghadiri majlis khatam di kawasan pedalaman Daerah Temburong.
    Antara tetamu yang hadir pada majlis khatam yang berlangsung di Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Solat Ibu Pejabat Kementerian Pembangunan, Berakas dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada para penerima ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

    Majlis itu dihadiri oleh lebih 30 orang termasuk ahli-ahli PUJA, pegawai Kementerian Pembangunan, warga IBTE dan kakitangan PUJA.

    Sementara itu, lebih 200 orang ahli persatuan-persatuan wanita yang bergabung dalam Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) telah menghadiri Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan.

    Majlis anjuran MWNBD di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis itu dihadiri oleh Yang Di-Pertua MWNBD, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof selaku tetamu kehormat majlis.

    Hadir sama ialah Naib Yang Di-Pertua I, Pengiran Datin Paduka Hajah Mariam binti Pengiran Haji Matarsat; Naib Yang Di-Pertua II, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali dan Naib Yang Di-Pertua III, Hajah Kertini binti OKPSD Abang Haji Abu Hanifah, ahli-ahli Lembaga Tadbir MWNBD serta yang di-pertua, ketua pesuruhjaya, pengarah dan wakil tetap 13 buah persatuan yang bergabung dalam MWNBD.

    Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU), hari ini, turut menganjurkan majlis khatam Al-Quran dan penyampaian derma kepada 13 orang anak yatim bagi jururawat dan bidan di Kementerian Kesihatan.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Hotel Higher, Kiulap dan seterusnya menyampaikan derma kepada anak-anak yatim ialah Yang Di-Pertua PENJURU, Datin Paduka Hajah Suraya Noraidah binti Abdullah.

    Sementara itu, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Mualaf di kawasan pedalaman Daerah Temburong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Balai Ibadat Kampung Semabat itu ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahmen.

    Turut hadir ialah Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub; Ketua Bahagian Media PDI, Hajah Rosinah binti Haji Mangshor, dan Yang Di-pertua Persatuan Saudara Baharu Temburong, Awang Muhd Ashim Amrullah bin Abdul Rahman.

    Majlis turut disertai oleh para pegawai dan kakitangan Bahagian Penyebaran Dakwah, Bahagian Media dan Unit Dakwah Temburong, PDI.

    Acara diselajurkan dengan penyerahan wakaf Al-Quran dan buku-buku terbitan PDI bagi kegunaan para jemaah Balai Ibadat Kampung Semabat.

    Turut mengambil keberkatan dalam bulan Ramadan dan Nuzul Al-Quran adalah Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal yang mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, kelmarin.

    Hadir pada majlis itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Hafizzudin bin Pengiran Haji Bakar, Pegawai Pemantau Zon 4, ahli-ahli Jawatankuasa Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Muslimah, belia dan jemaah surau berkenaan.

    Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL) juga tidak ketinggalan menganjurkan majlis seumpamanya baru-baru ini yang berlangsung di kediaman Ketua Kampung Lambak Kanan, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Di-pertua PERBEKAL, Pengiran Haji Nordin bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir ialah Ketua Kampung Lambak Kanan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi selaku pengerusi berterusan, timbalan yang di-pertua, naib yang di-pertua 1 dan naib yang di-pertua 2.

    Majlis khatam itu dihadiri oleh hampir 100 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PERBEKAL dan majlis perundingan kampung (MPK).

    Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian derma kepada lima orang anak yatim yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda