Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hilangkan sifat Egoisme

    PERSATUAN umat Islam harus diwujudkan kembali. Pernahkah anda membayangkan umat Islam akan kembali bersatu, dan menjadi sebuah kekuatan dengan jiwa yang satu?

    Untuk itu, kita harus memulainya dengan melakukan perubahan dalam diri kita masing-masing dan tidak lagi mengagungkan sifat egoism serta memintingkan diri sendiri kerana Islam adalah agama yang menyatukan dan agama yang mengesakan. Umat yang disatukan oleh empat wadah yang kesemuanya mempunyai makna untuk mempersatukannya:

    Pertama dan yang terbesar adalah kesatuan umat sepertimana dalam Firman Allah Subhanahu Wata’ala, “Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maha sembahlah Aku.” (Surah Al-Anbiya ayat 92). “Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.” (Surah Al-Mu’minun ayat 52)

    Kedua adalah tanah air. Cinta tanah air merupakan sebahagian dari iman. Ketika Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam meninggalkan Makkah, Baginda menatapnya dengan mata berlinang. Kemudian bersabda, “Sungguh engkau adalah tanah yang paling aku cintai. Andai pendudukmu tidak mengusirku, tentu aku tidak akan meninggalkanmu selamanya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

    Ketiga adalah Keluarga. Allah memerintahkan anda untuk berbuat baik kepada kedua orang tua dan menyambung silaturrahim.

    Ajaran Islam adalah secara jelas menentang egoisme.
    Ajaran Islam adalah secara jelas menentang egoisme.
    Kita harus melakukan perubahan dalam diri kita masing-masing dan tidak lagi mengagungkan sifat egoisme serta mementingkan diri sendiri kerana Islam adalah agama yang menyatukan dan agama yang mengesakan.
    Kita harus melakukan perubahan dalam diri kita masing-masing dan tidak lagi mengagungkan sifat egoisme serta mementingkan diri sendiri kerana Islam adalah agama yang menyatukan dan agama yang mengesakan.

    Keempat adalah saudara mara atau kaum tetangga. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda, “Jibril sentiasa mengingatkanku dengan tetangga, hingga aku menganggap ia menjadi ahli waris sepeninggalku.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi).

    Perhatikanlah betapa hangatnya empat unsur tersebut iaitu umatku, tanah airku, keluargaku dan tetanggaku. Lantas, mengapa kita masih berkotak-katik? Apakah kerana wadah-wadah tersebut telah gaib dan hilang dari kita, dan kita sibuk mengurus ego kita masing-masing. Berbeza dengan Barat yang disatukan oleh Pasar Eropah, Masyarakat Eropah, Euro dan entry visa yang satu. Barat telah melakukan hal-hal yang berkenaan dengan prinsip-prinsip perubahan dan mengembangkannya. Walaupun masih parsial, namun Barat telah mendapatkan posisi yang mereka mahukan hasil kerja keras yang mereka lakukan.

    Sementara kita masih disibukkan oleh kepen-tingan individualistis. Generasi muda berfikir bagaimana mendapatkan kebebasan dari keluarganya. Mereka bergaul hanya dengan rakan-rakan kelompoknya sahaja. Menutup pintu bilik rapat-rapat kemudian duduk di depan komputer tanpa ada seorangpun yang menggangu. Itulah pemandangan egoisme yang harus dipertanggungjawabkan atas keterpurukan umat kerana ajaran Islam adalah secara jelas menentang sikap egoisme. – (petikan Ghayyir Nafsaka!)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda