Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Himpunan Melayu Raya Pattani 2024 tarik 80,000 peserta

    PATTANI, 15 APRIL – Perhimpunan Melayu Raya 2024 baru-baru ini berjaya mengumpulkan 80,000 peserta termasuk penyanyi dan aktivis kemanusiaan Malaysia, Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani.

    Bertemakan ‘Buka Pattani Doa Palestin’ program tahunan anjuran Perhimpunan Sivil Sosieti untuk Kedamaian (CAP) pada 13 dan 14 April itu berjaya menarik peserta dari Malaysia, Singapura selain Thailand khususnya dari wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla yang tampil menggayakan busana Melayu.

    Penasihat CAP, Muhammad Aladi Dengni berkata majlis kali ini diadakan secara besar-besaran selepas penularan wabak COVID-19, dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk membaca puisi, pidato, persembahan pentas dan pameran busana dan sejarah.

    “Majlis perhimpunan ini telah sedikit sebanyak menyumbangkan kepada ekonomi tempatan dengan kehadiran pelancong dan juga penjualan busana Melayu dari wilayah selatan Thailand,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

    Sementara itu, Heliza yang pertama kali meraikan Aidilfitri bersama umat Islam di sini berkata, beliau terharu dengan kesungguhan para peserta yang menitipkan doa dan ingatan untuk penduduk Palestin di kala kemeriahan menyambut Syawal. – Bernama

    Umat Islam Thailand berdoa ketika mereka berkumpul dalam solidariti dengan penduduk Gaza di pantai Saiburi, Thailand pada 13 April lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...