Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hisyam Hamid hormat pandangan penonton

    Pelakon Malaysia, Hisyam Hamid terbuka menerima pandangan penonton terhadap filem lakonannya berjudul La Luna yang dikatakan mengandungi unsur soft porn.

    Memetik laporan mStar, Hisyam, 39, dalam hal tersebut berkata setiap orang bebas menyatakan pandangan masing-masing berhubung jalan cerita filem itu.

    “Pendapat saya sebenarnya satu karya seni ini beliau ada perspektif berbeza. Setiap orang yang menonton ada pandangan mereka sendiri.

    “Bila dekat pawagam tidak begitu menjadi percakapan tapi bila ditayangkan menerusi platform digital dia mula jadi perhatian dan mengundang pelbagai reaksi.

    “Tapi saya hormati dengan pelbagai reaksi orang tapi kejadian yang berlaku ini di luar kawalan saya,” katanya kepada mStar.

    Filem arahan M Raihan Halim itu ditayangkan di pawagam pada 9 November tahun lalu dan boleh ditonton semula menerusi platform penstriman (OTT) Netflix.

    Meskipun tidak melakonkan watak yang mengandungi elemen negatif namun Hisyam berkata beliau tetap menerima kecaman daripada netizen.

    “Ada juga saya dapat mesej daripada netizen tapi bukan carut saya.

    “Mereka cakap filem ini tak bermanfaat tapi saya hormati pandangan mereka,” luahnya.

    Kata Hisyam, semasa menerima tawaran filem tersebut, beliau hanya memberikan fokus kepada watak Pa’at yang dilakonkan olehnya.

    Memandangkan beliau jarang memegang watak antagonis, secara tidak langsung membuatkan beliau teruja dengan tawaran tersebut.

    “Bila saya dapat tawaran filem ini, saya lebih melihat kepada watak kerana jarang saya mainkan.

    “Jahat… antagonis dan watak itu dapat beri pandangan berbeza dalam lakonan saya.

    “Saya hanya baca skrip dia tapi visual saya tak pasti macam mana akan mereka buat sebab saya lebih utamakan watak saya.

    “Biasanya baca dengan visual akan jadi lain,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Hisyam berharap orang ramai memandang mesej yang ingin disampaikan dalam filem berkenaan.

    “Ada beberapa unsur sensitif disentuh sebab itu bila keluar panggung dia dapat rating 18 tahun ke atas. Mungkin atas sebab itu.

    “Dalam OTT ada lebih banyak cerita yang lebih daring dan lebih kontroversi tapi mungkin filem ini dihasilkan oleh pihak produksi tempatan.

    “Kita kena hormat, tak semua orang boleh terima karya kita tapi mesej yang disampaikan adalah positif cuma pembikinan kena lebih berhati-hati,” ujarnya. – Agensi

    Hisyam pegang watak Pa’at dalam La Luna. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...