Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Hobi unik, lelaki ambil gambar lurang dari seluruh dunia

    BAITULMAQDIS – Eli Zvuluny dari Tel Aviv mempunyai tabiat yang unik.

    Lelaki berusia 70 tahun itu mengambil gambar lurang dari seluruh dunia dan mengkatalogkannya di laman sesawang yang dikendalikannya.

    Walaupun kebanyakan orang berada di kaki jalan dan melangkah lurang tanpa memberikan perhatian, namun Zvuluny terpesona dengan ciri dan bentuknya yang unik dan memutuskan untuk mencipta rua-ngan bagi memetakan lurang tersebut yang biasanya menutup infrastruktur kumbahan atau kemudahan bawah tanah penting yang lain.

    Tujuh tahun beroperasi, laman webnya, bertajuk ‘Laman penutup lurang utama,’ kini merekodkan lebih 8,600 lubang lurang dari lebih 500 buah bandar di 66 negara.

    Pemilik syarikat perisian itu juga telah membangunkan aplikasi telefon mudah alih yang dipanggil ‘addmanhole,’ yang membolehkan pengguna memuat naik gambar lurang yang telah mereka gambar dan menambah koleksi.

    “Tiada had bagi saya, terdapat lebih banyak negara yang saya ingin menerima gambar daripadanya,” kata Zvuluny kepada Xinhua.

    Gambar fail menunjukkan lurang yang dipaparkan di laman sesawang ‘Laman Penutup Lurang.’ – Xinhua

    “Pada mulanya, orang ramai meragui tetang hobi saya, tetapi sekarang apabila rakan-rakan saya melancong, mereka pasti akan menghantar gambar lurang kepada saya.

    “Orang ramai sangat teruja mengenainya,” tambahnya.

    Laman sesawang itu memaparkan lapan bentuk lurang biasa yang berbeza, bahan yang diperbuat daripadanya, serta saiz dan beratnya.

    Setiap lurang mempunyai entri di laman sesawang, memperincikan ciri uniknya.

    Sebahagian daripadanya dalam bentuk beruang, dan ada yang direka oleh artis tempatan dan mengandungi ciri-ciri yang melambangkan bandar tempat ia dipasang.

    Kebanyakannya memaparkan cebisan kecil sejarah atau anekdot tentang bandar yang mereka tinggali.

    Di bandar seperti Seattle, Amerika Syarikat, terdapat lu-rang yang menampilkan penduduk terkenal yang dilahirkan di bandar itu, seperti gitaris, Jimmy Hendrix.

    Di Jepun, banyak lurang berwarna-warni mempamerkan keeratan dan pertalian negara dengan air dan lautan.

    Sesudah disibukkan oleh lurang-lurang itu, dia kini memperluaskan lagi untuk memetakan tarikan lain, seperti monumen jalanan, tapak warisan, papan tanda nombor rumah yang unik dan arca. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...