Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hoe Yean mahu cemerlang di kolam dan pelajaran

    KUALA LUMPUR, 2 JAN – Selepas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan dan peribadinya di kolam renang, perenang muda Malaysia, Khiew Hoe Yean mahu terus cemerlang pada tahun 2022 dalam sukan dan pelajarannya.

    Selain berlatih dengan lebih keras di kolam untuk beberapa kejohanan utama pada 2022, Hoe Yean yang akan berusia 20 tahun pada September, juga bersedia untuk memulakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Perkomputeran di Universiti UCSI.

    Walaupun terpaksa berdepan dengan pelajaran dan kolam dalam masa yang sama, pemegang rekod kebangsaan acara renang 200 meter (m) kuak lentang dan 800m gaya bebas, berhasrat meneruskan usaha memecahkan lagi rekodnya dengan memperbaiki lagi catatan masanya, dengan penyertaan di Olimpik Paris 2024 kekal menjadi sasaran utamanya.

    “Saya akan meneruskan kerja keras saya di kolam bagi pencapaian lebih baik tahun ini.

    Saya mahu terus memperbaiki catatan masa saya, bagi memperbaiki catatan masa terbaik saya sendiri. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda