Saturday, February 1, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari

    TOKYO, 31 JAN – Honda Motor Co dan Nissan Motor Co dijangka mengumumkan butiran terperinci mengenai rancangan penggabungan syarikat pada pertengahan Februari, lapor Kyodo News hari ini dengan memetik pegawai syarikat.

    Dua pengeluar kenderaan terbesar kedua dan ketiga Jepun berdasarkan jumlah jualan itu sebelum ini bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai penggabungan di bawah sebuah syarikat induk pada 2026. Mereka sebelum ini menyatakan akan mendedahkan perincian penggabungan menjelang akhir Januari.

    Menurut sumber yang boleh dipercayai, Honda menggesa Nissan, yang sedang bergelut dengan masalah kewangan, untuk memperkukuh usaha penstrukturan semula.

    November lalu, Nissan mengumumkan pengurangan 9,000 pekerja di seluruh dunia dan pengurangan kapasiti pengeluaran global sebanyak 20 peratus selepas melaporkan kejatuhan lebih 90 peratus dalam keuntungan bersih bagi tempoh April-September. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda