Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Honor Magic V2 rekaan rapi, canggih

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sempena Pesta Pengguna ke-28 (CF28), Vicom Enterprise telah melancarkan peranti Honor terbaharu, Honor Magic V2 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni.

    Turut hadir ialah Baiduri Merchant Acquiring Officer, Jason Wong; Pengurus Produk Honor, Soh Jinn Sheng dan Pengarah Urusan Vicom Enterprise, Kevin Lim.

    Ketika memberikan penerangan mengenai produk baharu berkenaan, Soh Jinn Sheng berkata, Honor Magic V2 merupakan komitmen berterusan Honor terhadap inovasi di mana ia mempunyai badan ultra-nipis dengan ketebalan hanya 9.9 milimeter (mm) apabila dilipat, manakala 4.7mm dalam keadaan dibuka.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata, berat peranti berkenaan hanya 231 gram (g) sahaja menjadikannya lebih ringan dan nipis berbanding model terdahulu.

    Honor Magic V2 mempunyai badan ultra nipis dan tahan lama. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Radin Sufri selaku tetamu kehormat bersama merasmikan pelancaran peranti tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Orang ramai berpeluang menyaksikan lebih dekat peranti Honor Magic V2. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Peranti canggih berkenaan, tambahnya, direka bagi menawarkan rekaan rapi dan canggih yang tiada tandingan di pasaran.

    “Honor mengutamakan mudah alih menerusi struktur, pembuatan dan material yang halus serta teliti di mana hasilnya, Honor Magic V2 mempunyai tahap nipis luar biasa dan tahan lama.

    “Meskipun reka bentuk yang nipis, Honor Magic V2 mempunyai engsel yang sangat kukuh serta tahan lama dan peranti ini menggunakan engsel titanium ringan yang diperbuat daripada aloi titanium, sejenis material gred aeroangkasa untuk mencapai berat dan kekuatan yang seimbang,” katanya.

    Sempena dengan pelancaran berkenaan, Vicom Enterprise dengan kerjasama DST juga menawarkan pelbagai promosi dan pakej menarik.

    Antaranya pakej bundle Honor Magic V2 dengan DST Mobi Plan dengan bayaran pendahuluan bersama Honor x5 plus percuma dan 180 Screen Protection.

    Di samping itu, menerusi DST Promo 2, pengguna DST yang mendaftar dengan DST Mobi 80 berpeluang mendapatkan Honor X7B dengan bayaran pendahuluan sifar.

    Seterusnya tawaran hebat juga ditawarkan dengan promosi Baiduri, yang mana bermula hari ini hingga lewat bulan depan, pemegang kad kredit Baiduri berpeluang menikmati diskaun 50 peratus apabila beralih kepada Baiduri sifar peratus Installment plan untuk enam bulan dan 12 bulan.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran dan produk berkenaan bolehlah datang mengunjungi petak Vicom Enterprise di P100.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...