Tuesday, April 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hospital Gaza musnah dalam serangan Israel

    GAZA, 13 APRIL – Agensi pertahanan awam Gaza berkata serangan udara Israel telah memusnahkan beberapa bahagian hospital awal hari ini, selepas Israel mengambil alih sebuah koridor di wilayah Palestin yang dilanda peperangan dan menyatakan hasrat untuk memperluaskan serangan ketenteraan mereka.

    Tiada laporan mengenai mangsa dalam serangan itu dan tentera Israel memberitahu AFP mereka sedang menyiasat kejadian tersebut.

    Agensi pertahanan awam di wilayah yang dikendalikan oleh Hamas itu berkata tentera udara Israel telah menyasarkan sebuah bangunan di Hospital Al-Ahli, yang juga dikenali sebagai Hospital Baptist atau Ahli Arab, di Bandar Gaza selepas tengah malam.

    Serangan udara itu berlaku “beberapa minit selepas tentera Israel memberi amaran untuk mengosongkan bangunan itu yang menempatkan pesakit, orang yang cedera dan penjaga mereka,” menurut agensi tersebut dalam satu kenyataan.

    Kementerian Kesihatan Gaza berkata kelamrin, kia-kira seramai 1,563 orang Palestin telah terbunuh sejak 18 Mac lalu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 50,933 orang. – AFP

    Wad pesakit luar dan makmal Hospital Al-Ahli Arab Baptist di bandar Gaza, pada 13 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda